Friday, 30 December 2011

Ke mana arah tuju roh selepas mati......

Diriwayatkan dari Al-Bara’ bin ‘Azib r.a katanya: Kami telah keluar bersama-sama Nabi s.a.w, mengiringi jenazah seorang lelaki dari kaum Ansar, lalu kami sampai ke kuburnya yang disediakan. Rasulullah s.a.w pun duduk lalu kami duduk disekelilingnya dengan keadaan tidak bergerak dan membisu; manakala Baginda s.a.w pula mencucuk-cucuk tanah dengan seranting kayu yang ada di tangannya. Setelah itu Baginda s.a.w mengangkat kepalanya lalu bersabda: “Mintalah kamu perlindungan kepada Allah dari azab kubur”, (diulanginya sabdanya itu) dua atau tiga kali.
Kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: “Sesungguhnya hamba Allah yang mukmin (ketika hendak mati) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya Malaikat-malaikat dari langit, putih bersih wajah mereka seolah-olah matahari, dengan membawa kain kafan bersama mereka dari kain-kain kapan syurga, dan Hanut (Pachai iaitu serbuk campuran dari benda-benda yang harum yang ditabur kepada mayat semasa dikapankan) dari yang ada di syurga, sehingga mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang.
Kemudian datang Malakul Maut lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata: “Wahai jiwa yang baik! Keluarlah (dan pada satu riwayat ada disebutkan: Orang yang hendak mati dihadiri saat nazaknya oleh Malaikat, maka sekiranya orang itu seorang yang soleh, berkatalah Malaikat: “Keluarlah engkau..) menuju ke tempat keampunan dan keredhaan Allah”. Baginda s.a.w bersabda lagi: “Kemudian roh orang itu keluar, mengalir seperti mengalirnya setitik air dari mulut bekas air (yang terbuat dari kulit kambing), lalu Malakul Maut mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya di tangan Malakul Maut walau sekelip mata sekalipun lalu mereka mengambilnya kemudian meletakkannya di dalam kain kapan dan Hanut yang tersebut; dan keluar pula dari roh itu bau yang harumnya seperti seharum-harum kasturi yang terdapat di atas muka bumi.”
Baginda s.a.w bersabda lagi: “Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka tidak melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan Malaikat melainkan kumpulan Malaikat itu berkata: “Roh yang baik ini roh siapa?” Mereka menjawab: “Roh si fulan anak si fulan’ (dengan menyebutkan sebaik-baik namanya yang biasa mereka menamakannya dengan nama-nama itu di dunia), (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama; setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, lalu dibukakan pintu untuk mereka. Kemudian Malaikat-malaikat yang berkedudukan istimewa di sisi Tuhan dari penduduk tiap-tiap langit menghantar roh itu beramai-ramai hingga ke langit yang berikutnya, sehinggalah mereka berhenti membawanya di langit yang ketujuh. Setelah itu Allah ‘Azza wa Jalla berfirman kepada Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu): “Simpanlah suratan amal hambaKu ini dalam ‘illiyyin (tempat simpanan surat amal orang-orang yang berbakti) dan bawalah dia balik ke bumi, kerana sesungguhnya Aku telah menciptakan manusia dari bumi, dan ke bumi juga Aku kembalikan mereka, serta dari bumi pula Aku keluarkan mereka sekali lagi.”
Baginda s.a.w bersabda lagi: “Dan sesungguhnya orang yang kafir (ketika hendak mati) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya Malaikat-malaikat dari langit, hitam muka mereka, dengan membawa kain-kain kasar seperti kain kadut; lalu mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang. Kemudian datang Malakul Maut, lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata: “Hai jiwa yang jahat! Keluarlah (dan pada satu riwayat disebutkan: Maka apabila orang itu orang jahat, berkatalah Malaikat: “Keluarlah engkau..) menuju ke tempat kebencian dan kemurkaan Allah.”
Baginda s.a.w bersabda lagi: “Kemudian roh orang itu berselerak di merata jasadnya (kerana takut hendak keluar), lalu disentap rohnya itu oleh Malakul Maut sebagaimana sebatang besi pembakar daging disentap dari segumpal bulu yang basah; Malakul Maut pun mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya di tangan Malakul Maut walau sekelip mata sekalipun sehingga mereka meletakkannya dalam kain kasar yang tersebut; dan keluar pula dari roh itu bau yang sebusuk-busuk bau bangkai yang ada di atas muka bumi. Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka tidak melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan Malaikat melainkan kumpulan Malaikat itu berkata: “Roh yang jahat ini roh siapa?” Mereka menjawab: “Roh si fulan anak si fulan,” (dengan menyebutkan seburuk-buruk namanya yang biasa dipanggil dengan nama-nama itu di dunia); (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama, setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, tetapi tidak dibukakan baginya.
Kemudian Rasulullah s.a.w membaca (ayat 40 Surah al-A’raf ), ertinya: “Tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga hingga unta masuk di lubang jarum.” Kemudian Baginda s.a.w bersabda: Lalu Allah ‘Azza wa Jalla berfirman kepada Malaikat: “Simpanlah suratan amal jahatnya di dalam sijjin (tempat simpanan surat amal jahat orang-orang yang berdosa), yang letaknya di bumi yang terkebawah sekali. Lalu dicampakkan rohnya ke situ.”

Thursday, 29 December 2011

KASIH SEORANG SUAMI..

 
Pak Mat telah kematian isterinya,Maznah yg meninggal akibat serangan penyakit jantung.Kesemua jiran Pak Mat hairan melihat kelakuan 

  peliknya yg kerap menziarahi kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi,tengah hari dan sebelah petang untuk 

menyiram kubur isterinya.Perlakuannya itu berterusan selama lebih daripada 2 minggu.Satu hari seorang saudara terdeka
t dtg mengunjungi Pak Mat.

OTHMAN:Kamu ini terlalu cintakan Maznah sehingga sanggup berbuat demikian.Sehingga kini tiada sesiapa lgi di kg. ini yg menziarahi kubur 
sebegitu rupa
 
PAK MAT:Sebenarnya sebelum Maznah menghembuskan nafas yg terakhir,dia ada berpesan kepadaku 

OTHMAN:Apa pesannya?

PAK MAT: Kalau hendak berkahwin semula tunggulah sehingga rumput di kubur tumbuh dahulu.Tulah fasal aku kerap menyiram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh....

OTHMAN:*&^%$#@

PAK MAT:Tapi pakcik siram srh tumbuh rumput...yg tumbuhnya cendawan alahai...

CITA2 TINGGI

Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.
Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.
Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor.
Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.
Ikhwan : Saya ingin jadi petani moden.
Cikgu Fery : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu
Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja belakang…
Cikgu Fery : Yer saya….
Shahril : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.
Semua murid tepuk tangan dan bersorak.
Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..
Semua pelajar tengok Sharil…
Shahril : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..
Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Hahhaha kan dah kene cikgu tu ... ape pun tak boleh Ade Aku Kesah ?

Wednesday, 28 December 2011

SERAM!!!!!!!!!

Pak Pandir memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Pak Pandir : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.
Bedah : Ya bapak, ada apa?
Pak Pandir : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua
tirai tingkap.
Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)
Pak Pandir : Dengar tak bapak kata.....!!!!
Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya
apa yang bapak kata ni.
Pak Pandir : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu
tutup semua tingkap.

Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Pak Pandir : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heheheh...
Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat
lagi mak balik...abis aaaa.
Pak Pandir : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar!!!

Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Pak Pandir : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai
masuk dalam selimut bapak plak.
Bedah : Apa???!!!
Pak Pandir : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak
ikat mulut tu karang aaa.
Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)
Pak Pandir : Bedah, tengok ni.. jengjengjenggg..
Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon- konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Pak Pandir : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar

lalu bedah pon bunuh diri....tamat thing positif........

Harus Baca!!!!..Kisah Dajjal.. UNTUK RENUNGAN DAN PERINGATAN BERSAMA..

dajjal 300x240 Harus Baca!!!!..Kisah Dajjal..
                                                      Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Pada hari datangnya sebahagian tanda-tanda kekuasaan Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya.” [Surah Al-An'am: 158]
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim dan Tirmizi dari Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:
“Tiga perkara yang apabila telah muncul maka tidaklah bermanfaat iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu atau ia belum mengusahakan kebaikan dalam imannya itu iaitu terbitnya matahari dari barat, Dajjal dan binatang yang keluar dari perut bumi.”
Para ulama Ahli sunnah wal Jamaah menjelaskan bahawasanya Dajjal pasti akan muncul kerana hadis-hadis yang menceritakan tentangnya telah mencapai taraf mutawatir sebagaimana dibentangkan takhrij hadis-hadisnya oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani dalam kitabnya
“Qisshah al-Masih al-Dajjal wa Nuzuli ‘Isa ‘Alaihi Solatu Wassalam wa Qatlihi Iyyahu.”
Begitu juga tanda-tanda kiamat selain dajjal diikuti juga dengan tanda-tanda yang lain antaranya seperti gempa bumi di sebelah timur, barat dan jazirah arab, keluarnya asap, binatang dari perut bumi, Ya’juj dan Ma’juj, terbitnya matahari dari sebelah barat, dan keluarnya api dari lembah ‘Adn yang mengiringi manusia. Hal ini disampaikan oleh Nabi s.a.w. riwayat Imam Muslim dalam kitab al-Fitan Asyrath al-Sa’ah, sebagaimana sabdanya:
“Sesungguhnya kiamat itu tidak akan datang sehingga terjadinya sepuluh tanda…”
kemudian disebutkan tanda-tanda sebagaimana telah disebutkan tadi termasuk dajjal.
Disebabkan itulah hendaklah kita beramal soleh sebanyak yang mungkin sebelum keluarnya tanda-tanda kiamat yang besar di atas. Disamping munculnya dajjal juga akan muncul al-Mahdi dan Nabi Isa a.s. Ini semua telah disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui hadis-hadisnya yang sahih.
Sifat-sifat Dajjal
Dajjal adalah seorang lelaki muda yang berkulit merah, tubuhnya pendek, berambut kerinting, lebat dan tidak terurus, dahinya lebar, sebelah matanya buta (dalam riwayat Bukhari menyatakan sebelah kanan manakala Imam Muslim meriwayatkan yang buta adalah sebelah kiri), mata kirinya tidak nampak jelas dan ada kulit yang tipis selaput mata yang menebal dalam riwayat lain ia berwarna hijau seperti bintang mutiara.
Manakala mata kanannya sangat jelas seperti buah anggur yang terapung dalam riwayat lain tidak menonjol dan tidak pula timbul ke permukaan. Sedang di antara kedua matanya tertulis perkataan ‘kafir’ yang dapat dibaca oleh orang yang beriman dan orang yang sangat benci pada perbuatannya sama ada yang pandai membaca atau yang buta huruf.
[Kisah Dajjal, Al-Albani, hal 168-169, Pustaka Imam Syafi'i]
Dajjal adalah makhluk paling besar fitnah yang dibawa olehnya. Dajjal juga tidak mempunyai anak dan keturunan.
Keluarnya Dajjal
Dajjal akan keluar dari arah sebelah timur yang bernama khurasan di kampung Yahudiyah kota Ashbahan. Kemudian dajjal akan mengembara ke seluruh dunia. Tidak terdapat satu pun tempat yang tidak pernah dimasuki dajjal kecuali Mekah dan Madinah. Diriwayatkan juga dajjal tidak dapat memasuki empat buah masjid iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid Thur dan Masjid Al-Aqsa. Dajjal keluar dari perkampungan yahudiyah kota Ashbahan bersama tujuh puluh ribu orang Ashbahan sebagaimana diterangkan dalam hadis riwayat Ahmad.
Tiga tahun sebelum kemunculan dajjal manusia dilanda kesusahan dalam kehidupan mereka. Manusia pada ketika itu kelaparan disebabkan bekalan makanan yang tidak mencukupi. Pada tahun pertama, sepertiga langit tidak menurunkan hujan serta sepertiga juga dari tumbuh-tumbuhan tidak tumbuh. Kemudian pada tahun kedua, bertambah lagi dua pertiga sehingga ke tahun yang ketiga sama sekali tidak ada lagi hujan yang turun dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan kesemuanya mati dan haiwan-haiwan juga mati akibat ketiadaan makanan kecuali beberapa haiwan sahaja. Nabi s.a.w. berpesan bekalan makanan manusia pada ketika itu adalah bacaan tahlil, takbir, dan tahmid.Dajjal tidak dapat memasuki Madinah yang pada ketika itu mempunyai 7 buah pintu, setiap daripada pintu tersebut terdapat 2 malaikat yang menjaganya dengan membawa pedang yang terhunus. Para malaikat menjaga Mekah dan Madinah daripada dimasuki dajjal sehinggalah dajjal pergi ke suatu tanah yang lembab di belakang gunung Uhud, ia memukul-mukul bahagian depan badannya. Kemudian kawasan Madinah mula bergegar sehingga manusia di Madinah yang munafik baik lelaki maupun wanita kesemuanya berlari menuju ke tempat dajjal. Ternyata ketika itu golongan yang paling ramai adalah golongan wanita. Hari itu disebut sebagai “Yaumul Khalash” iaitu hari keterbebasan.
Fitnah Dajjal
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Dan di antara fitnahnya iaitu fitnah dajjal ialah ia akan berkata kepada orang-orang Arab kampung, ‘Bagaimana pendapatmu jika aku membangkitkan ayahmu dan ibumu, apakah kamu mahu bersaksi bahawa aku adalah Tuhanmu?’ Dia manjawab: ‘Ya.’ Kemudian dua syaitan yang menyerupakan diri dengan ayahnya dan ibunya, lantas keduanya berkata: ‘Wahai anakku, ikutilah dia sesungguhnya dia adalah Tuhanmu.” (HR Ibn Majah)
Dajjal adalah pembawa fitnah yang paling besar di antara fitnah-fitnah yang ada sejak Allah menciptakan Adam hingalah ke hari kiamat. Antara fitnahnya lagi ialah dajjal memiliki syurga dan neraka padahal hakikatnya syurga tersebut adalah neraka dan neraka itu adalah syurga. Dajjal mempunyai sungai-sungai air dan gunung-gunung roti. Dia memerintahkan langit untuk menurunkan hujan lantas turunlah hujan tersebut.
Dia memerintahkan bumi menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dengan segala hasilnya. Dia dapat melintasi bumi dari satu tempat ke tempat lain dengan sepantas yang luar biasa bagaikan hujan yang ditiup angin kencang.
[Peristiwa menjelang kiamat Tanda-tanda Besar, Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil Ma,hlm 83,Al-Hidayah]
Dalam hadis Nawwas bin Sam’an r.a. bahawa para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai dajjal:
“Wahai Rasulullah, berapa lamakah ia tinggal di bumi?”
Baginda menjawab: “Selama empat puluh hari, sehari seperti setahun, sehari lagi seperti sebulan, dan sehari lagi seperti sejumaat dan hari-hari lainnya seperti hari-harimu (seperti biasa).”
Mereka bertanya: “Bagaimanakah kecepatan bumi?”
Baginda menjawab: “Seperti hujan ditiup angin kencang.” Lalu ia mendatangi suatu kaum dan diajaknya kaum itu,kemudian mereka mempercayainya dan memenuhi seruannya. [HR Muslim]
 Perlindungan dari Fitnah Dajjal
Nabi-nabi sekaliannya telah memperingatkan umatnya akan fitnah-fitnah dajjal. Telah disampaikan kepada kita bagaimana ciri-ciri dajjal dan fitnah-fintah yang dibawanya adalah untuk umat Nabi Muhammad s.a.w. ini sentiasa waspada terhadap dajjal kerana munculnya dajjal ini adalah pada zaman umat Nabi Muhammad s.a.w. kerana nabi Muhammad s.a.w adalah penutup para Nabi. Hendaklah kita memohon perlindungan daripada Allah dari fitnah dajjal ini. Cara-cara memohon perlindungan adalah :
  1. Berpegang teguh dengan agama Islam dan bersenjatakan iman dan mengenal nama-nama dan sifat-sifat Allah yang tidak bersekutu padanya dengan seorangpun sehinggalah ia mengetahui bahawa Dajjal adalah makhluk biasa yang makan dan minum sedangkan Allah maha suci dari semua itu.
  2. Memohon perlindungan ketika tahiyyat terakhir sebelum salam dengan membaca doa berikut:
    “Ya Allah, aku memohon perlindungan dari azab jahannam dan dari azab kubur dan dari fitnah hidup dan mati dan dari seburuk-buruk fitnah al-Masih ad-Dajjal.” [HR Muslim dari Abu Hurairah r.a.]
  3. Menghafal atau membaca 10 ayat awal surah al-Kahfi atau 10 ayat terakhir surah al-Kahfi. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim kitab al-Fitan, Bab Zikr ad-Dajjal. Antara keistimewaan surah al-Kahfi adalah sebagaimana sabda Nabi s.a.w. daripada Abi Sa’id al-Khudri r.a: “Sesungguhnya orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat maka diberi cahaya untuknya di antara dua Jumaat (jumaat ini dan jumaat depan).” [Hadis riwayat al-Hakim, Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Jami' Shaghir]
  4. Jika telah muncul Dajjal, hendaklah ia bersembunyi dan adalah lebih baik menetap di Mekah dan Madinah kerana Dajjal tidak akan dapat memasuki Kota ini dan Masjid-masjid yang telah di sebutkan sebelum ini [rujuk bhgn 1]. Sabda Nabi: “Barang siapa mendengar ada Dajjal maka hendaklah ia bersembunyi darinya. Demi Allah ada seseorang yang mendatanginya dan dia mengira bahawa ia beriman lantas dia mengikutinya kerana banyak syubhat atau kesamaran yang menyertainya.” [HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim]
Matinya Dajjal
Matinya Dajjal adalah ditangan Nabi Isa ‘Alaihissalam. Ketika Nabi Isa turun, sedang Dajjal ketika itu berada di sekitar Baitul Maqdis kemudian Nabi Isa bertemu dengannya di pintu Lud
(menurut pendapat: nama tempat yang berada di lapangan terbang di israel sekarang). Pada waktu Dajjal melihat Isa, lantas Isa menjadi cair seperti garam yang larut di dalam air, kemudian berkata kepada Dajjal:
“Saya akan memukul engkau dan engkau tidak akan dapat lari dariku.”
Kemudian Isa mengejarnya dan membunuhnya lantas berlarian pengikut-pengikut Dajjal kerana dikejar oleh orang-orang mukmin sehingga pokok-pokok ketika itu berbicara:
“Wahai orang muslim, wahai hamba Allah! ini dia orang yahudi di belakangku! Kemarilah bunuhlah dia!”
[Kisah ini ada di dalam An-Nihayah fil-Fitan Wal Malahim juga sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad; Rujuk Peristiwa Menjelang Kiamat, hlm 110-114]
Dengan Matinya Dajjal, maka berakhirlah fitnah terbesar itu dan Allah menyelamatkan orang-orang beriman.
Wallahhualam…

Tuesday, 27 December 2011

kepada blogger yg follow aq kt sni

Thankzzz kepada semua yg follow blog aq aq ucapkan terima kasih bnyk2 kt korg aq jnji nnti aq akn bls blk kt korg yg aq akn follow gak blog korg k! 

sungai!!!!

Aduh!!!sakit badan aq..lebam2 korang tau x knapa bdn aq lebam2.Sbb aq mndi sngai kt (SUNGKAI)bnyk gler btu2 kt sner mla2 best arr mcm maen gelongsor2 tu tpi bler dh lmer aq dipukul oleh air yg sngt kuat tber2 ader plak larr btu yg tjm2 air 2 pkl aq so,aq pon kner lha btu tjm2 tu huh hbs berdarah pas2 lebam.....MENYAKITKAN!!!!!!!! jer...tpi best kitorg berkhemah kt sner msk aym bkr.Ktorg pergi ngan keluarga kembangan iaitu mak andak,mak teh dan aq BEST OF THE WORLD!!!!

Friday, 23 December 2011

HARAM DISISI ISLAM...

mmberitahu dlm
ceramahnya,HARAM bgi sseorang
umat Islam utk mgucapkan '
Merry Christmas ',ini krna ia
brmaksud Salam Sejahtera Keatas
Tuhan Jesus..
(NAUZUBILLAH)...Sebarkan
perkara ini jika kamu syg (♥) akn
agamamu~TERIMA KASIH ^^

Wednesday, 21 December 2011

tngh2 mlm

huih on9  FB mlm2 pas2 mkn maggi TERBAEEEKKK........

tima kasih dkt org ygwat blog nie cntk sngt

AU KORG NK THU SPER YG WAT  BLOG AQ NIE DIER NI KAN THN 6 DH LHA CNTK....PNDAI PLAK 2...SEBAGAI TERIMA KASIH AQ KT DIER KORG KNER FOLLOW DIER PNYER BLOG K!!!! http://ceritaonlinesaya.blogspot.com/

kisah yg plg sedih

cerita ni mser aq tngh wat Persembahan kt sebuah skolah nie mser 2 aq mrh sngt dkt juri 2 jrk hnyer 1 mrkh jer...kitorg klh..pas2 ader bdk thn 6 nie dier skolah kitorang larr nmer dier HANIS....dier nie panas baran skit.... dia gi maki2 skolah yg mng 2 mlukan skolah jer...

Kesah aq dalam bas ...

huh mcm bdoh jer...kt dlm bas ari 2 korg nk dngr citer aq nie...mcm nie der sorg bdak nie nmer dier tajuddin dier nie gtl skit mser 2 aq nk bli keropok kt pakcik bas kt dpn 2...pas2 tber2 bdk tajuddin nie dtg dier sjer jer wat tngn mcm lmbai2 sbb per dier wat mcm 2 sbb dier nk pgang punggung org...ok itu jer lha yg aq nk cerita..aq pon x thu nk citer per lgi

Tuesday, 20 December 2011

My Blog

hye!korg nie blog pertama ak kawan ak yg tolong watkan ak baru je berblog nie jadi harap maaf kalau blog kite buruk ouke kita tengah belajar edit jadi sorry jika blog saya tk se-OVER korg ouke...saya suruh kawan saya yg editkan dye nye blog cantik lah juga ouke PLEASE FOLLOW blog saya ouke then LIKE sayanye status dan COMMENT ouke please kesian kat saye...